Tun Abdullah Ahmad Badawi

>> Friday, April 3, 2009

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia Kelima (2004-2009)
'Pencetus Modal Pembangunan Insan'

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Dilahirkan kepada sekeluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parliamen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.

Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.

Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.

Bacaan Tambahan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Badawi#Biodata_peribadi

Read more...

Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)
'Pencetus Malaysia Negara Maju'

Era

Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981.

Asal Usul

Persekolahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar. Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad menganggotai SABERKAS. Pada tahun 1946 Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah. Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan pada tahun itu, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad turut sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.

Berkat hasil usaha beliau, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura. Semasa di Kolej Perubatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi majalah pelajar di Kolej Kedoktoran tersebut. Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada 1953. Tun Dr Mahathir bin Mohamad seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Ini semata-mata untuk membolehkan beliau bergiat dalam politik. Pada masa inilah beliau dikenali sebagai Dr Mahathir.


Peranan Dan Sumbangan

Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula menempa nama di kalangan masyarakat. Namun dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas di kawasan yang sama kepada calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antara golongan muda yang paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di bawah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya selepas trajedi 13 Mei 1969 . Ini akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari UMNO pada tahun 1969.

Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak' dalam buangan dan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan pada masa itu. Dalam buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas sikap fatalisme masyarakat Melayu yang menyalahkan takdir dan menerima kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamad kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sambutan yang popular. Kekalahan dan kekecewaan dalam bidang politik tidak pernah mematahkan semangat beliau. Malah mempengaruhi beliau untuk lebih agresif dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad jelas apabila beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi tertinggi pada 1972 dan seterusnya sebagai senator pada tahun 1973.

Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974.

Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet Allahyaraham Tun Abdul Razak. Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Apabila Allahyaraham Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.

Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah. Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membuka mata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang berani menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.

Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Keistimewaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.

Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Ini meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%). Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Selain itu dibawah kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa yang dicetuskan oleh timbalan Perdana Menteri, Anuwar Ibrahim, dan Bank Islam. Sejak itu, Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996.

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.

Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.

Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.

Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.

Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.

Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.

Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.

Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yang sangka bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia.

Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia.

Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.

Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.

Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.

Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.

Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.

Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana 'Wawasan 2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan Cabaran Utama' merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material.

Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedang rancak berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi Perdana Menteri Dr. Mahathir, perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah berpenghujung. Beliau secara realistik menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai".

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat tidak dapat dipertikaikan lagi merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju'. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.

Kritikan

Terdapat beberapa kritikan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya adalah :-

Tuduhan bahawa penyelewengan yang tidak diambil tindakan seperti :-

# penyelewengan RM100 juta di PERWAJA dibawah Erik Chia.
# Bank Bumiputera telah 2 kali muflis dan diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat melalui kerajaan. Kes pembunuhan juruaudit Bank Bumiputera yang belum diselesaikan dan dituduh sebagai penyembuyian fakta.
# Wang Tabung Haji telah dilaburkan ke dalam pelaburan yang dipersoalkan mengakibatkan pulangan pelaburan yang rendah, serta kos tambang yang berganda berbanding secara persendirian (sebelum diwartakan monopoli oleh Tabung Haji).
# Meminggirkan majoriti orang Melayu dengan menyekat bantuan kewangan negara kepada kerajaan Terengganu dan Kelantan semata-mata kerana kedua buah negeri tersebut diperintah oleh PAS.
# Memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SARs) pada 25 Oktober 2002, tetapi pada masa yang sama masih memberi bantuan kepada sekolah Tamil, sekolah Cina, dan pertubuhan haiwan.

Bagaimanapun penyokong beliau menyifatkan tiada tindakan diambil disebabkan oleh kekurangan bukti dan bukannya disebabkan sebarang salah-laku, dan segala tindakan beliau adalah menurut undang-undang kerajaan Malaysia.

Selain itu, menurut kerajaan (BN), pelajar sekolah Agama Rakyat dikatakan tidak mempunyai daya saing dan merupakan sebahagian besar daripada golongan yang menggangur. Penuntut tersebut lemah menguasai bahasa Inggeris, oleh itu tidak mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur sebelum kegawatan ekonomi, tetapi terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk bersara dan sebaliknya menumpukan perhatian beliau untuk membina semula ekonomi negara. Bagaimanapun pada penutup Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengejutkan seluruh negara dengan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya mengumumkan akan bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan menamakan Timbalannya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.

Ini menamatkan karearnya sebagai Perdana Menteri paling lama dan salah seorang pemimpin Asia Tenggara yang paling lama berkuasa. Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mantap ekonominya di dunia, khususnya di Asia Tenggara.

Read more...

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn)
Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)
"Penyambung Warisan Yang Terbilang"

Era

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas UMNO. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai Perdana Menteri yang ke 3, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meninggal dunia dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Asal Usul

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Malangnya pendidikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia ke II. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad ke 19. Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai Kapten tentera membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan Iraq.

Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.

Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.

Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.

Peranan Dan Sumbangan

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.

Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.

Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

Keistimewaan

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin.

Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

Read more...

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)
Bapa Pembangunan Malaysia

Era

Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.

Asal Usul

Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.

Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Peranan Dan Sumbangan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.

Allahyaraham Tun Abdul RazakApabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Di arena antarabangsa

Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Membangunkan Malaysia

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:


# Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
# Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.


Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.

Pemimpin yang berjiwa rakyat

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.

Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.

Keistimewaan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Read more...

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj


Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970)
Bapa Kemerdekaan

Era

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam.

Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Asal Usul

Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.

Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah.

Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.

Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.

Peranan Dan Sumbangan

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Keistimewaan

Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.

Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.

Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.

Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan.

Sumber : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP